Maklumat Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Sesi Persekolahan 2018

PEMBERITAHUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan 2018 bagi pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5 akan bermula pada 02 Januari 2018 (Selasa). Para pelajar akan kembali ke sekolah dan mendaftar semula pada 01 Januari 2018 (Isnin) selewat-lewatnya jam 6.30 petang.

Bagi memudahkan ibu bapa untuk membuat pembayaran yuran, ibu bapa boleh berurusan dengan guru kelas masing-masing di Medan Pelajar, MCKK bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada 1 Januari 2018 (Isnin).

Lihat / muat turun Senarai Yuran & Barangan Keperluan Koperasi 2018

Nota:

-Senarai Penempatan Asrama 2018 hanya akan dimaklumkan sejurus para pelajar membuat pendaftaran pada 01 Januari 2018.  

-Kit untuk pendaftaran tingkatan 1 sesi 2018 akan dipaparkan pada 31 Disember 2017. 05 Januari 2018, Jam 12 tengah hari