MCKK juara perlawanan tradisi menentang Vajiravudh College, Thailand

Pasukan ragbi MCKK mencatat sejarah pada 23 Julai 2017 apabila berjaya memenangi perlawanan tradisi ini buat kali ke 4 selepas memenanginya pada tahun 1963, 1999 dan 2013. Walaupun pasukan dari Thailand ini lebih besar dan lebih gagah,namun pasukan MCKK All Blacks yang dibimbing oleh En. Fidzamil Basarudin ini berjaya mempamerkan permainan yang lebih kemas dan pertahanan yang lebih ampuh. Namun begitu yang lebih penting adalah MCKK dan Vajiravudh College tetap utuh dan semangat setiakawan diraikan oleh semua yang terbabit daripada kedua-dua belah pihak.