MCKK sebagai IB World School

International Baccalaureate (IB) merupakan satu program pendidikan seliaan International Baccalaureate Organisation (IBO) berpangkalan di Geneva, Switzerland. Program ini menyediakan rangka kerja pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih kreatif, kritis dan reflektif. Selain menekankan aspek kepentingan intelektual, program ini juga mencabar pelajar untuk membuat perkaitan pembelajaran dengan dunia sebenar. Ini menuntut kemahiran komunikasi dan kefahaman tentang kepelbagaian budaya, iaitu kualiti penting yang dapat menyediakan pelajar sebagai pemimpin global pada masa hadapan. Ianya menawarkan kerangka pendidikan yang menjurus kepada pembangunan generasi yang mempunyai rasa ingin tahu, berpengetahuan dan penyayang dalam usaha membantu membina dunia lebih aman dan baik menerusi pesefahaman antarabudaya dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. 

MCKK telah diiktiraf sebagai IB World School untuk menjalankan dua (2) programnya iaitu: 

International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)

MCKK telah diiktiraf untuk menjalankan program IBDP pada 16 Mei 2011. Seramai 17 tenaga pengajar berpengalaman terlibat dalam usaha mendidik para pelajar peringkat pra-universiti untuk 4 semester. Klik pautan dibawah untuk ke laman web mikro IBDP The Malay College Kuala Kangsar. 

LAMAN WEB IBDP MCKK

 

International Baccalaureate Middle Years Programme (IBDP)

Pada 28 April 2016, MCKK mencatat satu lagi sejarah apabila diiktiraf untuk menjalankan satu lagi program dibawah IB iaitu Middle Years Programme (MYP). Program MYP di MCKK melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 5. Ianya dijalankan secara berperingkat mulai tahun 2015 dan pada tahun 2019 ianya bakal dilaksanakan secara sepenuhnya untuk semua tingkatan. Klik pautan dibawah untuk ke laman web mikro MYP The Malay College Kuala Kangsar. 

LAMAN WEB MYP IB MCKK