Majlis Kesyukuran Tingkatan 5 2013

Sebagai menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik mereka sejak tingkatan 1, pelajar-pelajar tingkatan 5 2013 telah mengadakan Majlis Kesyukuran bertempat di Medan Pelajar pada 2 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari. Pada pertemuan ini, mereka mengambil peluang ini untuk  beramah mesra dengan guru-guru yang banyak berjasa dalam memberi bimbingan dari tingkatan 1 pada tahun 2009 sehingga tahun 2013. Inilah kumpulan pelajar yang telah mengharumkan nama MCKK dengan melonjakkan kedudukan SPM 2013 peringkat SBP dari tangga ke-9 pada tahun 2012 (GPS 1.46) ke tangga ke-3 (GPS 1.11 - 2013) .

Semua pelajar tingkatan 5 2013 kelihatan segak dengan 't-shirt batch 0913' masing-masing. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Encik Anand bin Baharuddin dan Ketua Pengawas 2013, Sdr Ajwad Husni Husnizam. Para pelajar dan guru menikmati jamuan dan tidak lupa juga mereka telah menghadiahkan kek khusus untuk guru-guru.

Semua warga MCKK mendoakan semoga perjuangan 'Batch 0913' seterusnya akan memperolehi kejayaan yang gemilang.

Foto semasa Majlis Kesyukuran Tingkatan 5 2013