MCKK menganjurkan MCWO Royal Command Performance 2017 di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC
- Details
- Diterbitkan pada: 13 November 2017
Klik sini untuk tiket.
Sultan Nazrin sampaikan anugerah cemerlang pelajar MCKK
- Details
- Diterbitkan pada: 21 August 2017
[Laporan UTUSAN MALAYSIA]
KUALA KANGSAR 19 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diadakan di Auditorium Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.
Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin menyampaikan anugerah kepada 186 pelajar cemerlang sekolah itu yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima dan program Diploma International Baccalaureate (IB) serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Baginda turut berkenan menyampaikan dua penerima anugerah utama iaitu Anugerah Carey kepada Tengku Hadi Luqman Tengku Razmi manakala Syamil Hatim Mohamed Zaiman (Anugerah Hasanal Bolkiah).
Baginda juga menyampaikan empat anugerah lain kepada Mohamad Fayyadh Fazlula'ah (Anugerah Pengetua), Zamir Mohd. Shaiful Aizi (Anugerah MCOBA), Wan Muqry Zafran Mohd. Khairy (Anugerah Kepimpinan) serta Muhammad Luqman Mohammad Nawar (Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
Sultan Nazrin kemudiannya menyampaikan anugerah kepada 14 guru sekolah itu yang mengajar program IB serta sembilan guru cemerlang bagi mata pelajaran Fizik dan Bahasa Inggeris.
Sementara itu Anand dalam ucapannya berkata, MCKK telah mencatatkan keputusan melebihi sasaran untuk enam kali berturut-turut, sekali gus memantapkan kedudukannya dalam band satu sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.
Katanya, keputusan tersebut diperoleh menerusi penilaian prestasi 2016 atas empat bidang iaitu pencapaian akademik, kecemerlangan kokurikulum, kebitaraan sekolah serta jalinan dan jaringan sekolah.
“Dalam kelompok sekolah-sekolah ulung yang lain, MCKK merupakan sekolah berprestasi tinggi yang mana setiap tahun dinilai oleh Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu).
“Bagi penilaian pada tahun lalu, MCKK muncul enam kali berturut-turut dengan mencatatkan keputusan yang melebihi sasaran,” ujar beliau.
MCKK juara perlawanan tradisi menentang Vajiravudh College, Thailand
- Details
- Diterbitkan pada: 23 July 2017
Pasukan ragbi MCKK mencatat sejarah pada 23 Julai 2017 apabila berjaya memenangi perlawanan tradisi ini buat kali ke 4 selepas memenanginya pada tahun 1963, 1999 dan 2013. Walaupun pasukan dari Thailand ini lebih besar dan lebih gagah,namun pasukan MCKK All Blacks yang dibimbing oleh En. Fidzamil Basarudin ini berjaya mempamerkan permainan yang lebih kemas dan pertahanan yang lebih ampuh. Namun begitu yang lebih penting adalah MCKK dan Vajiravudh College tetap utuh dan semangat setiakawan diraikan oleh semua yang terbabit daripada kedua-dua belah pihak.
Artikel Lain...
- Saksikan perlawanan tradisi MCKK menentang Vajiravudh College (Thailand) pada 23 Julai, 3.45 petang
- Pasukan Debat BI MCKK menewaskan SMKA Al-Irsyad di peringkat akhir Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak 2017
- Pasukan Orkestra MCKK memperolehi anugerah emas di UPSI National Wind Orchestra Festival 2017
- Sertai 2017 UK Education Fair di Auditorium Tun Abdul Razak, MCKK pada Selasa, 11 Julai
- Salam Aidilfitri daripada kami warga MCKK
- MC Kings Menjuarai Kejohanan Kriket Peringkat Negeri 2017, menghadapi cabaran peringkat kebangsaan pada Julai
- Pasukan Inovasi MCKK meraih 'gold award' di World Young Inventors Exhibition ITEX 2017
- Saksikan rakaman acara akhir Malaysia Airports Chairman's Challenge Trophy 2017
- MCKK juarai AOGC - ROV Challenge 2017, membawa pulang ganjaran RM10,000
- Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016